ProZ.com translation contests »
32nd Translation Contest: "Movie night" » English to Malay » Entry by DAYANA BINTI AZAHAR


Source text in English

Translation by DAYANA BINTI AZAHAR (#37348)

To say that I was compelled by Parasite from start to finish is an understatement; its filming style with tracking shots are enthralling. Having watched several Korean films during the London Korean Film Festival, I was familiar with the usual genres employed in such films but Parasite seemed to defy them all! Parasite is comedic, in a quirky way, it is also a thriller, straddles class divisions and also depicts a family tale amongst other genres and is therefore likely to appeal to all ages.

Parasite truly deserves to be watched in a cinema to appreciate its nuances and the stylish cinematography. As a summary, to avoid spoilers, Parasite tells the tale of the interaction between the Park family and the Kim’s, an unemployed family, whose contrasting worlds collide with long lasting consequences.

[...]Bong Joon-Ho manages to pique the audience’s interest with brightly lit shots coupled with the effective use of indoor space, and it is surprising to realise, after the film’s 2 hour 12 minute length, that most of the scenes occur within the Park family’s home. The mundane elements of domesticity are displayed with an intriguing perspective showcasing Bong Joon-Ho’s flair. It is a slow burner but you will revel in its beauty and ingenuity as Parasite convinces that it operates solely on one level but it is in fact multi-layered and depicts social realism with empathy and pathos.

The cast are beguiling to watch, every facial movement and action is accentuated, even the mere act of walking up or down stairs can convey hidden meaning, which the camera fragments. Levels of unease are also created by virtue of that effective use of space with unusual camera angles and dramatic weather conditions ratcheting up that sensation. There is a surreal nature to Parasite, which its score emphasises, and furthermore the film adopts elements of the absurd devised in such an ingenious way which is truly cinematic magic. Parasite’s apparent eeriness will certainly keep you riveted and would not feel alien to the Twilight Zone school of filmmaking.

The actors are very impressive and add breadth to their roles creating relatability whilst seeming effortlessly cool. When Ki-Woo and Ki-Jeong Kim were working within the Park family home as private tutors they certainly epitomised this level of nonchalant, understated authority creating an aura of mysticism with the unspoken, almost mythical, tutoring techniques employed. Quite simply, the actors Park So-Dam and Choi Woo-Sik, as Ki-Woo and Ki-Jeong, are compelling to watch in the different directions that Parasite follows and they carry these performances seamlessly thereby inviting the audience to be on their side.

[...]Parasite is a remarkable piece of extremely skilful filmmaking, it is simply a must see film, and so I am looking forward to re-watching the film on its UK general release date.
Untuk mengatakan yang saya terpegun dengan Parasite dari mula hingga akhir adalah kurang tepat; gaya penggambaran dengan shot bergerak amat memikat hati. Setelah menonton beberapa filem Korea ketika London Korean Film Festival membuatkan saya agak kenal dengan genre yang biasa digunapakai dalam filem seperti ini tetapi Parasite nampaknya tidak sama seperti yang lain! Parasite ialah komedi, dalam cara yang unik, ia juga adalah thriller, menunggang isu pembahagian kelas selain menyelongkar kisah keluarga maka oleh itu ia lebih berkemungkinan untuk menarik minat semua peringkat umur.

Parasite layak untuk ditonton di panggung wayang agar nuansa dan sinematografinya yang bergaya dapat dinikmati. Sebagai kesimpulan, untuk mengelakkan “spoiler”, Parasite menceritakan berkenaan interaksi antara keluarga Park dan Kim, keluarga yang menganggur, yang mana ada pertembungan dunia yang berbeza membawa kepada kesan yang berpanjangan.

[...]Bong Joon-Ho berjaya memikat perhatian penonton dengan shot bercahaya terang ditambah dengan penggunaan ruang dalaman yang efektif, dan memeranjatkan apabila anda sedar, selepas 2 jam 12 minit durasi filem, bahawa kebanyakan adegan tersebut berlaku dalam rumah keluarga Park. Unsur lumrah rumah tangga dipaparkan dengan perspektif yang menarik menunjukkan keupayaan Bong Joon-Ho. Ini ialah filem “slow burn” tetapi anda akan menikmati keindahan dan kepintarannya kerana Parasite meyakinkan yang ia beroperasi semata-mata pada satu paras tetapi sebenarnya ianya mempunyai beberapa lapisan dan menggambarkan realisme sosial dengan empati dan rawan.

Para pelakon sangat mempesonakan untuk ditonton, setiap riak dan aksi wajah menyerlah, bahkan aksi naik dan turun tangga berjaya menyampaikan maksud tersirat, dan dapat dipaparkan oleh kamera. Tahap kegelisahan juga dicipta oleh kehebatan penggunaan ruang yang efektif dengan sudut kamera luar biasa manakala keadaan cuaca dramatik meningkatkan sensasi tersebut. Terdapat sifat yang di luar realiti pada Parasite, yang mana ditekankan oleh skornya, dan lebih lagi filem ini mengangkat unsur-unsur mengarut direka dalam bentuk yang bijak dimana ianya adalah sinematik yang luar biasa. Keseraman jelas dalam Parasite tentu akan membuatkan anda terpaku dan tidak berasa asing dengan kaedah pembikinan filem “Twilight Zone”

Para pelakon sangat mengagumkan dan menambah rencah kepada peranan mereka dalam mewujudkan perkaitan dan dalam masa yang sama nampak mudah bergaya. Ketika Ki-Woo dan Ki-Jeong Kim bekerja di dalam rumah keluarga Park sebagai tutor persendirian, mereka dapat menggambarkan dengan tepat tanggungjawab sambil lewa, bersahaja mewujudkan aura mistik dengan teknik tutor digunakan yang tidak terucap, bagaikan mitos. Secara ringkasnya, pelakon Park So-Dam dan Choi Woo-Sik, sebagai Ki-Woo dan Ki-Jeong, mempesonakan untuk ditonton dari sudut berbeza seperti di tunjukkan dalam Parasite dan mereka dapat membawa peranan ini dengan lancar sekaligus menjemput penonton untuk berada di pihak mereka.

[...]Parasite ialah sebuah karya luar biasa yang diterjemahkan melalui pembikinan filem yang sangat mahir, ia sememangnya filem yang wajib ditonton, dan saya sangat teruja untuk menonton sekali lagi filem ini pada tarikh tayangan umumnya di UK.


Discuss this entry