This site uses cookies.
Some of these cookies are essential to the operation of the site,
while others help to improve your experience by providing insights into how the site is being used.
For more information, please see the ProZ.com privacy policy.
Open to considering volunteer work for registered non-profit organizations
Rates
English to Malay - Rates: 0.02 - 0.04 USD per word / 10 - 25 USD per hour / 0.15 - 0.50 USD per audio/video minute Malay to English - Rates: 0.02 - 0.04 USD per word / 10 - 25 USD per hour / 0.15 - 0.50 USD per audio/video minute
Payment methods accepted
Visa, PayPal, Wire transfer, MasterCard
Portfolio
Sample translations submitted: 2
Malay to English: Journal: Inovasi Keusahawanan General field: Bus/Financial Detailed field: Business/Commerce (general)
Source text - Malay I. Pernyataan Masalah
Kini perkembangan perindustrian dunia mula memasuki zaman Revolusi Industri 4.0 (4IR) yang menggunakan teknologi automasi dan robotik, internet pelbagai benda (IPB), analisis dan big data, integrasi sistem, cloud computing dan lain-lain lagi [7]. 4IR adalah berbeza daripada revolusi perindustrian yang terdahulu yang mana teknologi “revolusi” yang baru membawa kecenderungan untuk menggantikan pekerja mahir rendah kepada keperluan pekerja berkemahiran tinggi [8]. Oleh itu, untuk merealisasikan hambatan 4IR ini, pembangunan modal insan yang berkemahiran, kreatif dan inovatif, berdaya saing, merebut peluang, mempunyai kecerdasan sosial adalah faktor yang perlu dititikberatkan untuk melahirkan usahawan tekno muda yang kompeten. Selain itu, usaha gigih kerajaan untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi, pihak dan agensi yang berkaitan perlu giat membangunkan pelbagai program dan bekerjasama dengan usahawan dalam memudahkan penggunaan teknologi.
Walaupun pelbagai program dan kursus telah ditawarkan di peringkat IPT dan Politeknik, kajian awal ini hanya menumpukan kepada keinginan pelajar bidang kejuruteraan menjadi usahawan di Politeknik dengam mengambil kira peringkat ini menjadi asas (sijil dan diploma) kepada pemilihan program di peringkat Ijazah dan lanjutan. Program-program sedia ada di Politeknik telah menyokong pelaksanaan aktiviti keusahawanan, namun laporan statisik menyatakan bahawa hanya 17.4 peratus siswazah lepasan politeknik memilih untuk bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan sendiri [9]. Keputusan ini menunujukkan bahawa kegagalan politeknik dalam menghasilkan graduan keusahawanan yang dihasratkan dalam Rancangan Transformasi Politeknik. Hal ini demikian kerana program keusahawanan dan pendidikan politeknik gagal untuk membangunkan minat pelajar terhadap keusahawanan. Malah, terdapat beberapa pelajar yang tidak menyedari program keusahawanan yang diadakan di politeknik. Bahkan, kaedah pengajaran tidak sesuai yang di mana ia berfokus kepada teori semata-mata dan bukannya dalam bentuk pengalaman [10].
Tenaga pengajar tidak diberi latihan dan pendedahan yang menyeluruh dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dan tidak berminat serta kurang memberi komitmen dalam aktiviti keusahawanan. Selain itu, mereka tidak mempunyai pengalaman dan kekangan masa dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan [11]. Kebanyakan kajian yang berkaitan dengan tekad terhadap keusahawanan lebih menjurus kepada bidang pengurusan perniagaan yang sememangnya mendapat pendedahan asas dalam ilmu keusahawanan [12]. Sedangkan para pelajar daripada bidang kejuruteraan juga sepatutnya berpeluang untuk dipilih sebagai responden memandangkan golongan ini telah menjalani latihan kemahiran di pusat-pusat latihan yang turut memupuk dan memberi kesedaran tentang keusahawanan melalui pendidikan dan modul keusahawanan kepada para pelajarnya. Oleh itu, persoalan mengapa isu ini berlaku dan mengapa politeknik tidak dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bercirikan teknousahawan dalam mendepani revolusi industri yang kian memesat.
Selain itu, bidang keusahawanan berasaskan pemesinan dan kejuruteraan dalam kalangan bumiputera masih kurang penglibatannya walaupun sebahagian IPT mempunyai ramai pelajar bumiputera mengikuti kursus berasaskan sains kejuruteraan dan teknologi [13]. Hal ini demikian, walaupun pada hakikatnya banyak universiti membangunkan program pendidikan keusahawanan, tetapi masih kurang kesan ke atas bidang kejuruteraan dan teknologi dalam kecenderungan keusahawanan dan niat pelajar untuk memulakan usaha baru dalam bidang keusahawanan teknologi [14]. Malah, latar belakang pelajar, cabaran untuk mengubah minda pelajar ke arah keusahawanan, kekurangan buku teks keusahawanan yang sesuai untuk dijadikan sumber rujukan dan kekurangan maklumat mengenai usahawan tempatan yang berjaya adalah isu utama dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang keusahawanan teknologi [15].
Hakikatnya, bilangan usahawan teknologi sedia ada didapati masih lagi kurang [16] dan dikukuhkan lagi dengan kekurangan bukti emprikal yang mengkaji keinginan keusahawanan pelajar bidang teknologi. Hal ini demikian kerana, sikap usahawan itu sendiri yang enggan untuk melakukan inovasi dan melibatkan diri dalam penyelidikan terhadap proses pengeluaran produk dan perjalanan perniagaan serta hambatan masalah dalam bantuan kewangan dan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan khidmat pakar teknologi [17]. Hal ini mendorong kepada keperluan untuk meninjau status semasa tekad teknousahawan pelajar dan secara tidak langsung dapat menangani jurang antara kemampuan kendiri dengan keinginan untuk menjadi teknousahawan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti efikasi keusahawanan dan hubungannya dengan tekad teknousahawan dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik. Manakala objektif kajian ini pula adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan dan tekad teknousahawan dalam kalangan pelajar kejuruteraan.
2. Mengenal pasti hubungan antara efikasi keusahawanan dan tekad teknousahawan dalam kalangan pelajar kejuruteraan.
II. Tinjauan Literatur
Teknousahawan wujud sebagai menyahut cabaran yang datang bersama evolusi teknologi yang berkembang pesat. Untuk memastikan manusia bergerak seiring dengan teknologi ini, para usahawan yang konservatif telah melihat teknologi dan menggerakkanya ke arah memajukan dunia sejagat. Keusahawanan teknologi adalah cabang keusahawanan yang berkaitan dengan teknologi. Para usahawan yang terlibat di panggil usahawan teknologi atau usahawan tekno. Menurut [18], seorang usahawan teknologi adalah penyelidik yang berani, iaitu berani dari kaedah dan amalan perniagaan yang mantap dan sentiasa mencari peluang untuk mengkomersialkan produk, teknologi, proses dan penghasilan produk baru.
Selain itu, [19] mendefinisikan keusahawanan teknologi sebagai gaya kepimpinan perniagaan berdasarkan proses mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi tinggi, berintensif teknologi, mengumpulkan sumber dan menguruskan pertumbuhan pesat serta mempunyai kemahiran membuat keputusan yang kritis. Menurut [20], teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasikan dan mengunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan. Oleh itu, untuk menjadi teknousahawan, seseorang itu wajib mengetahui cabang ilmu yang akan membawa dirinya seorang usahawan tekno yang berjaya. Ini merangkumi penghayatan terhadap bidang-bidang keusahawanan yang melayakannya untuk bergelar teknousahawan.
Efikasi kendiri didefinisikan sebagai penilaian individu terhadap keupayaannya melaksanakan sesuatu aktiviti yang diberikan [21] dan mempengaruhi pilihan, matlamat, emosi, keupayaannya untuk mengatasi sesuatu serta melibatkan tahap kesabaran individu [22]. Efikasi kendiri merupakan gabung jalin antara kognitif, tingkah laku dan persekitaran yang mempengaruhi pemikiran seseorang secara berterusan. Dalam konteks keusahawanaan, setiap pengetahuan dan maklumat, usaha pembentukan perniagaan serta operasi jaringan sosial dan organisasi terbabit dalam pembentukan keusahawanaan akan mempengaruhi jangkaan penialian tahap keupayaan diri seseorang sebagai proses untuk menjadi seorang usahawan [23]. Setiap usahawan akan cuba menyesuaikan diri dalam setiap bentuk persekitaran dan cabaran. Di sini fungsi efikasi kendiri akan berlaku apabila bakal usahawan berusaha menyiapkan diri dengan pelbagai perancangan supaya apa yang dirancang berupaya dilaksanakan berdasarkan kepercayaan terhadap kebolehannya.
Efikasi keusahawanan juga dipercayai sebagai salah satu pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi kekuatan tekad keusahawanan seseorang. Kajian-kajian lepas seperti kajian [24], [25], [26], [27] dan [28] semuanya mendapati efikasi keusahawanan merupakan faktor penting dan kuat dalam menentukan tekad keusahawanan seseorang. Oleh itu, efikasi keusahawaanan dalam konteks kajian ini adalah untuk menilai persepsi dan kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri untuk melakukan sesuatu tindakan berlandaskan sumber yang ada pada diri sendiri seperti tingkah laku, pengalaman dan pesekitaran yang mempengaruhi pemikiran pelajar dan tekad pelajar untuk menceburi bidang teknousahawan.
Tekad ditakfirkan sebagai situasi pemikiran yang mengajak penemuan, pengalaman dan tingkah laku seseorang kepada sesuatu objektif yang khusus. Tekad keusahawanan juga mengambarkan kontinum tertinggi di mana menjadi seorang usahawan bukan sekadar angan-angan tetapi melibatkan perancangan, pengorbanan, tenaga, keupayaan ilmu, kemahiran dan keupayaan diri untuk sanggup menanggung risiko dan kegagalan [29]. Tekad keusahawanan mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang untuk menjadi usahawan. Tekad keusahawanan adalah penting dalam memahami proses keusahawanan secara keseluruhan kerana ia merupakan pencetus kepada tingkah laku seterusnya dalam aktiviti berkaitan perniagaan.
Berdasarkan kajian-kajian lepas seperti kajian [30], [31] dan [32] boleh dirumuskan bahawa tekad keusahawanan faktor motivasi yang mempengaruhi individu untuk merangka dan meneruskan sesuatu usaha keusahawanan. Selain itu, menurut [33] pembentukan tekad keusahawanan bergantung kepada sikap terhadap perlakuan dan persepsi atau tanggapan seseorang. Dalam kajian ini, tekad teknousahawan pelajar bermaksud tahap kesedaran minda yang mengajak kepada penumpuan, pengalaman dan tingkah laku pelajar kejuruteraan ke arah mencapai objektif membuka perniagaan dan menjadi seorang teknousahawan.
III. Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 375 sampel pelajar politeknik dalam bidang kejuruteraan yang dipilih sebagai responden. Populasi kajian adalah seramai 11,811 pelajar [34] yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan dari tujuh buah Institusi Politeknik di Malaysia. Kaedah persampelan rawak strata berkadaran mengikut negeri di Zon Selatan Malaysia digunakan untuk mendapatkan saiz sampel yang berkaitan dengan kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item instrumen telah disesuaikan dan diubahsuai dari instrumen yang digunakan dalam kajian terdahulu. Bagi lapan item efikasi keusahawanan diadaptasi dari [35], [36] dan [37]. Manakala, bagi sembilan item tekad teknousahawan diadaptasi dari [38], [39], [40] dan [41]. Skala Likert Lima Mata telah digunakan sebagai pengukuran item yang menunjukkan skala 1 ‘sangat tidak setuju’ sehingga skala 5 ‘sangat setuju’. Instrumen tersebut kemudiannya diberikan kepada tiga orang pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam pendidikan keusahawanan untuk tujuan mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan.
Nilai kesahan konstruk bagi konstruk efikasi keusahawanan adalah antara 0.437 hingga 0.762. Manakala bagi konstruk tekad teknousahawanan adalah antara 0.483 hingga 0.881. Seterusnya, kajian rintis telah dijalankan ke atas 50 pelajar yang terdiri dari pelajar bidang kejuruteraan di Universiti Awam Malaysia. Hasil kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan bagi pembolehubah efikasi keusahawanan adalah 0.852 manakala item tekad teknousahawan mempunyai nilai alpha 0.937. Menurut [42], nilai alpha melebihi atau sama 0.80 menunjukkan bahawa instrumen itu adalah baik dan relevan. Statistik deskriptif skor min dan sisihan paiwai digunakan untuk mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan dan tekad teknousahawan pelajar. Hubungan efikasi keusahawanan dengan tekad teknousahawan pula dianalisis menggunakan Ujian Korelasi Pearson.
IV. Dapatan
Bagi menjawab objektif kajian pertama, pengukuran efikasi keusahawanan dan tekad teknousahawan dinilai daripada keseluruhan min dan kekerapan tertinggi responden kajian. Jadual 3 menerangkan secara teperinci mengenai kekerapan dan peratusan terhadap persetujuan pelajar kejuruteraan politeknik ke atas kecenderungan efikasi keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar. Analisis keseluruhan tahap efikasi keusahawanan pelajar kejuruteraan ialah sederhana tinggi (Min=3.92, Sisihan Piawai=0.57). Secara perinciannya, penyataan item 6 “Saya menyedari kelebihan bekerja sendiri” mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 81.9 peratus (S=43.2 peratus dan SS=38.7 peratus). Manakala, item 8 yang diwakili oleh penyataan “Saya mempunyai kemahiran kepimpinan sebagai seorang usahawan” memperoleh peratusan persetujuan terendah iaitu pada 65.6 peratus (S=41.1 peratus dan SS=24.5 peratus).
Ini menunjukkan pelajar kejuruteraan yang dikaji belum mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap kebolehan serta kemampuan diri sendiri, kebolehan menerima tekanan dan kekuatan dalam untuk menjalankan tugas sebagai seorang teknousahawan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian [43] mendapati tahap efikasi keusahawanan 346 pelajar dalam bidang perniagaan, pertanian dan kejuruteraan di tujuh buah universiti di Iran adalah pada tahap sederhana (min=4.12). Dapatan kajian ini juga menyokong kajian [44] yang mendapati efikasi keusahawanan pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional pada tahap sederhana tinggi.
Jadual 3: Tahap Efikasi Keusahawanan Pelajar
Item STS TS KS S SS
No. % No % No. % No. % No. %
EK1 Saya tahu kekuatan diri sendiri sebelum menjalankan perniagaan. 4 1.1 7 1.9 73 19.5 181 48.3 110 29.3
EK2Saya tahu kelemahan diri sendiri sebelum menjalankan perniagaan 2 0.5 8 2.1 61 16.3 195 52.0 109 29.1
EK3 Saya peka terhadap keperluan masyarakat. 10 0.7 20 5.3 75 20.0 176 46.9 94 25.1
EK4 Saya berupaya untuk mencari peluang jaringan perniagaan. 10 2.7 20 5.3 89 23.7 160 42.7 96 25.6
EK5Saya menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT untuk mencari maklumat perniagaan. 6 1.6 6 1.6 86 22.9 161 42.9 116 30.9
EK6Saya menyedari kelebihan bekerja sendiri. 2 0.5 7 1.9 59 157 162 43.2 145 38.7
EK7Saya cukup yakin dengan diri sendiri untuk memulakan perniagaan dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian. 13 3.5 30 8.0 80 21.3 172 45.9 80 21.3
EK8Saya mempunyai kemahiran kepimpinan sebagai seorang usahawan. 16 4.3 32 8.5 81 21.6 154 41.1 92 24.5
Skor Min 3.92
Sisishan Piawai 0.57
Tahap Sederhana Tinggi
Tekad teknousahawan dinilai daripada keseluruhan item dan kekerapan tertinggi responden kajian sebagaimana dalam Jadual 4. Tekad teknousahawan pelajar kejuruteraan politeknik berada tahap sederhana tinggi (Min=3.90, Sisihan Piawai=0.70). Analisis terperinci menerangkan mengenai kedudukan kekerapan setiap item bagi pelajar kejuruteraan bermula dengan peratusan persetujuan tertinggi hinggga terendah. Setiap perincian ini mengambil kira elemen yang menyumbang kepada pembentukan tekad teknousahawan. Item 6 sebanyak 76.6 peratus (S=39.5 peratus dan SS=37.1 peratus) mendapat persetujuan tertinggi daripada pelajar yang inginkan kebebasan bekerja sendiri dalam perniagaan. Manakala, item 9 yang diwakili oleh penyataan “Saya sangat yakin untuk memulakan perniagaan dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian” memperoleh peratusan persetujuan terendah iaitu 62.2 peratus (S=41.9 peratus dan SS=20.3 peratus).
Ini bermaksud pelajar kejuruteraan belum mencapai tahap keyakinan dan kesedaran minda yang sepenuhnya untuk memilih bidang teknousahawan sebagai kerjaya sebenar mereka apabila menamatkan pengajian. Selain itu, pelajar kejuruteraan yang dikaji didapati belum berfikir secara serius untuk memulakan perniagaan sendiri dan masih belum bersedia melakukan apa sahaja pengorbanan diri yang sepenuhnya untuk menjadi teknousahawan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian [45] yang mendapati tekad keusahawanan pelajar pertanian di Universiti lllam, Iran adalah sederhana tinggi. Kajian [46] juga mendapati tekad keusahawanan pelajar dalam bidang pertanian, perniagaan dan kejuruteraan pada tahap sederhana.
Jadual 4: Tahap Tekad Teknousahawan Pelajar
Item STS TS KS S SS
No. % No. % No. % No. % No. %
T1 Saya berazam untuk membuka perniagaan di masa hadapan. 15 4.0 20 5.3 64 17.1 152 40.5 124 33.1
T2Saya berazam menjadi seorang usahawan berbanding bekerja makan gaji. 8 2.1 16 4.3 82 21.9 145 38.7 124 33.1
T3 Saya bersedia melakukan apa sahaja untuk menjadi usahawan. 13 3.5 19 5.1 98 26.1 142 37.9 103 27.5
T4 Saya akan bersungguh-sungguh untuk mengurus perniagaan sendiri. 9 2.4 12 3.2 80 21.3 150 40.0 124 33.1
T5Saya telah menetapkan matlamat kerjaya untuk menjadi seorang usahawan. 11 2.9 28 7.5 95 25.3 147 39.2 94 25.1
T6Saya inginkan kebebasan bekerja sendiri dalam perniagaan. 6 1.6 13 3.5 69 18.4 148 39.5 139 37.1
T7Saya berazam untuk memulakan perniagaan secara bersendirian. 13 3.5 16 4.3 104 27.7 101 26.9 141 37.6
T8Saya berazam untuk memulakan perniagaan bersama rakan 12 3.2 22 5.9 96 25.6 141 37.6 104 27.7
T9Saya sangat yakin untuk memulakan perniagaan dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian. 16 4.3 28 7.5 98 26.1 157 41.9 76 20.3
Skor Min 3.90
Sisishan Piawai 0.70
Tahap Sederhana Tinggi
Manakala bagi menjawab objektif kajian kedua, berdasarkan Jadual 5 mendapati analisis kolerasi Pearson untuk menentukan hubungan efikasi keusahawanan dengan tekad teknousahawan pelajar kejuruteraan. Hasil analisis menujukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tekad teknousahawan dengan efikasi keusahawanan (r=0.59, sig=0.00). Hubungan kekuatan adalah kuat [47]. Dapatan ini adalah selari dengan teori tekad keusahawanan yang diketengahkan oleh [48] yang menegaskan seseorang hanya akan melaksanakan niatnya apabila dia merasakan mampu mengawal pelaksanaan tindakan tersebut. Ia secara tidak langsung menyokong penjelasan [49] yang menjelaskan bahawa faktor efikasi kendiri merupakan faktor terpenting yang meningkatkan tekad seseorang, atau alasan seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya dilaksanakan.
Begitu juga dengan penjelasan oleh [50],[51] dan [52] yang kesemuannya menegaskan bahawa efikasi keusahawanaan merupakan faktor yang penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan tekad seseorang. Dapatan ini menyokong daptan kajian yang telah dijalankan oleh [53] mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara efikasi keusahawanan umum dengan kecenderungan keusahawanan pelajar kejuruteraan di UA. Kajian [54] juga mendapati efikasi keusahawanan pelajar bidang perniagaan, pertanian dan kejuruteraan di Universiti Iran mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tekad keusahawanaan pelajar.
Jadual 5: Ujian Korelasi Pearson
Tekad Teknousahawan Efikasi Keusahawanan
Tekad Teknousahawan 1 0.59*
*Signifikan pada nilai p > 0.05
V. Perbincangan dan Kesimpulan
Didapati tahap efikasi keusahawanan dan tekad teknousahawan pelajar kejuruteraan adalah pada tahap sederhana tinggi. Manakala, faktor efikasi keusahawanan pelajar kejuruteraan mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tekad tekousahawan pelajar. Oleh itu, kajian ini mendapati pelajar kejuruteraan belum mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjadi usahawan kerana menyedari cabaran dan halangan yang sedia menanti apabila menceburi kerjaya teknousahawan. Pelajar kejuruteraan yang dikaji juga masih kurang keyakinan bahawa kerjaya sebagai teknousaahwan adalah kerjaya pilihan mereka. Mereka juga merasakan mereka belum cukup pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.
Keadaan ini jelas menggambarkan kenapa tekad teknousahawan pelajar kejuruteraan masih belum mencapai tahap yang tinggi. Ini memberi implikasi bahawa pelajar kejuruteraan yang dikaji belum mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap kebolehan serta kemampuan diri sendiri, kebolehan menerima tekanan dan kekuatan dalaman untuk menjalankan sebagai seorang teknousahawan.Implikasi kajian ini berjaya menyumbang kepada kebolehgunaan Teori Tingkah Laku Terancang dan Teori Pembelajaran Sosial khususnya dalam mengesahkan faktor kawalan tingkah laku tertanggap sebagai peramal kepada tekad individu.
Oleh itu, untuk mencapai hasrat kerajaan bagi melahirkan ramai golongan belia yang menceburi sektor teknologi dan menjadi teknousahawan yang berjaya. Aspek efikasi keusahawanaan semestinya diberi penekanan yang utama dalam kurikulum pengajian ynag bermatlamat untuk menghasilkan belia teknousahawan kerana didapati efikasi keusahawanan merupakan faktor yang penting yang menguatkan tekad keusahawanan seseorang [55]. Kurikulum ini seharusnya menekankan program yang mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk memilih kerjaya sebagai teknousahawan. Dapatan ini memberi implikasi tertentu kepada pihak politeknik dan pelajar. Ia adalah peranan politeknik untuk meningkatkan promosi keusahawanaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan.
Selain itu, membangunkan kurikulum keusahawanan atau program yang khusus dirancang untuk kejuruteraan. Di samping itu, pendidikan keusahawanan, peranan pusat pengajian dan pusat penyelidikan, sikap dan mentaliti serta keupayaan siswazah dalam mengenal pasti dan memanfaatkan peluang menjadi kekangan utama kepada pembangunan keusahawanan teknologi. Maka pihak institusi perlu memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pekerjaan, memupuk minat dan mencungkil idea baru melalui program keusahawanan serta memperbanyakkan kemudahan untuk aktiviti berfaedah.
Translation - English I. Statement of the Problem
Recently the world industrial development has entered the age of Industrial Revolution 4.0 (4IR) that uses technology automation and robotics, Internet of All Things Things (IPB), analysis and big data, integration of systems, cloud computing and others [7]. 4IR is different from the previous industrial revolution where new "revolution" technology builds the tendency to change the requirements from low-skilled to skilled workers [8]. Therefore, to achieve the 4IR, development of skilled human capital, creative and innovative, competitive, that will seize the opportunities, and having the social intelligence are the factors that are necessary to be addressed in order to produce competent young technopreneurs. In addition, efforts by the Government to promote the science, technology and innovation; relevant parties and agencies should actively develop various programmes and work with entrepreneurs in facilitating the use of technology.
Although various programmes and courses have been offered at the Institutes of Higher Learning and Polytechnic, preliminary studies only focuses on the Polytechnic engineering students' desire to become entrepreneurs by taking into account of their level (certificate and Diploma) as the basis for degree level and advanced selection programmes. Existing Polytechnic programmes has supported the implementation of entrepreneurial activity, but a reported statistics states that only 17.4% Polytechnic graduates choose to be self employed or running their own business [9]. The result indicates the failure of Polytechnic in producing intended entrepreneurship graduates through the Polytechnic Transformation Plan. This is due to the entrepreneurial and educational programmes failed to develop the interest of Polytechnic students in entrepreneurship. In fact, there are students who are not aware of the entrepreneurial programme held by Polytechnic. In fact, teaching methods are not suitable where it solely focus on theory rather than in the form of experience [10].
Trainers are not given extensive training and exposure in teaching and learning strategies and are not interested as well as less committed in entrepreneurial activities. In addition, they do not have the experience and their time are limited to carry out the entrepreneurial activities [11]. Most of the researches related to the entrepreneurship intention are more towards the field of business management which are already exposed in the basic entrepreneurial knowledge [12]. While engineering students should also be given the opportunity to be selected as respondents considering this group has undergone skills training in training centres that also nurture and create awareness about entrepreneurship through education and entrepreneurship module to the students. Therefore, the question of why this issue occurs and why Polytechnic cannot produce more technopreneur graduates in facing the rapid growth of industrial revolution.
In addition, entrepreneurship based on machinery and engineering among bumiputeras are still low in terms of involvement although most IPTs has many students enrolling in courses related to Science Engineering and technology [13]. Despite the fact that many universities are developing entrepreneurship education programme, but it has only a small impact on the field of engineering and technology in entrepreneurial tendencies and students' intention in starting a new venture in the field of technological entrepreneurship [14]. In fact, the background of the students, the challenge to change the students' perception towards entrepreneurship, lack of textbooks suitable for entrepreneurship as a source of reference and inadequate information on successful local entrepreneurs is the major issue in teaching and learning in the field of technological entrepreneurship [15].
In reality, the number of existing technological entrepreneurs found are still insignificantly small [16] and supported by the shortage of empirical evidence in a study about the students' interest in technological entrepreneurship. This is due to the entrepreneurs attitude that are reluctant to do innovation and engage in a research on the production process and business growth as well as a problem in financial aid and do not know how to seek the technology expert [17]. This has lead to the need to review the students' current status of technopreneurship intention and indirectly overcoming the gap between their self-esteem and their interest in technopreneurship. The purpose of this study is to identify the efficacies of entrepreneurship and its relationship with technopreneurship intention among engineering students in polytechnics. While the objective of this study is as follows:
1. To identify the efficacy level of entrepreneurship and technopreneurship intantion among engineering students.
2. To classify the relationship between entrepreneurship and technopreneurship intention among engineering students.
III. Literature Review
Technopreneurship exists to take the challenge from the evolution of fast-growing technology. To ensure that the humankind are able to be working in tandem with this technology, conservative entrepreneurs have seen the technology and are moving it towards world development. Technological entrepreneurship is a branch of entrepreneurship related to technology. These entrepreneurs are called technological entrepreneurs or technopreneurs. According to [18], a technological entrepreneur is a courageous researcher, that is fearless in terms of reliable business methods and practices and are always looking for opportunities to commercialise products, technology, process and production of new products.
In addition, [19] defines technological entrepreneurship as business leadership style based on the process of identifying high potential business opportunities, technology-intensive, gathering resources and managing the rapid growth and have the critical decision making skills. According to [20], technopreneurship is an entrepreneurship that applies and adopts technology in the production of products, business management and business-related decision making. Therefore, to be a technopreneur, one is obliged to find out the branch of learning to be a successful technopreneur. This includes internalisation of entrepreneurial subjects to be qualified as a technopreneur.
Self efficacy is defined as self assessment on ability to perform an activity that they are assigned to [21] and affecting their choice, goals, emotions, ability to overcome something and involving the individual level of patience [ 22]. Self efficacy is an intertwine between cognitive, behavior and surroundings that continuously affecting one's thoughts. In context of entrepreneurship, every knowledge and information, effort in starting up a business and the organization and social networking operation involved in the formation of entrepreneurship will affect the prediction of one's self ability assesment as a process in becoming an entrepreneur [23]. Every entrepreneur will try to adapt in every form of surroundings and challenges. Self efficacy will be useful when the entrepreneurs prepare themselves with various plans so that the designed plans will be able to be implemented based on the confidence in their ability.
Entrepreneurship efficacy is also believed to be one of the variables that could affect the strength of one's entrepreneurship intention. Past research such as [24], [25], [26], [27] and [28] found that entrepreneurship efficacy is an essential and strong ingredient to decide one's entrepreneurship intention. Therefore, entrepreneurship efficacy in the context of this study is to evaluate the perception and belief in theirselves ability to do any act based on the resources they have such as behavior, experience and surroundings that affect students' way of thinking and intention in joining technopreneurship.
Intention is defined as thinking situation that creates discovery, experience and behavior of a person to a specific objective. Entrepreneurship intention also describes the highest continuum where becoming an entrepreneur is not just a mere delusion but also involves planning, sacrifice, energy, knowledge ability, skills and capabilities to bear the risks and failure [29]. Entrepreneurship intention has a significant impact on one's decision to be an entrepreneur and it is also essential in understanding the process of entrepreneurship generally because it is a trigger button to the next behaviour in business-related activities.
Based on the past research [30], [31] and [32], we can conclude that entrepreneurship intention affects individual motivational factors to formulate and pursue an entrepreneurial effort. In addition, according to [33], the formation of entrepreneurship intention depends on the attitude towards one's behaviour and perception or notion. In this study, students entrepreneurship intention means the level of awareness that leads to concentration, experience and behavior of engineering students in achieving the objective of opening a business and become a technopreneur.
IV. Methodology
This study applies survey method involving 375 samples of Polytechnic engineering students as respondents. The study population involving 11,811 students, [34] consists of Diploma and Bachelor degree in engineering students from seven Polytechnic institution in Malaysia. Random sampling method of proportional strata according to the states in Southern Zone of Malaysia is used to obtain the sampling size related to this study. Questionnaires are used as an instrument. Items instruments have been adapted and modified from the instruments used in the previous study in eight items of entrepreneurship efficacy adapted from [35], [36] and [37]. While, nine entrepreneurship intention items are adapted from [38], [39], [40] and [41]. Five-Points Likert Scale was used as items measurement that shows the scale of 1 ' strongly disagree ' up to the scale of 5 ' strongly agree '. The instruments are then given to three experts who have vast experiences in entrepreneurship education for the purposes of obtaining the preface and content validity.
The constructs validity value for constructs entrepreneurship efficacy is between 0.437 to 0.762. While technopreneurship intention constructs is between 0.483 to 0.881. After that, a pilot study was conducted on 50 engineering students from Malaysian public universities. The pilot study shows the reliability coefficient for entrepreneurship efficacy variable is 0.852 meanwhile technopreneur intention items possess 0.937 value of alpha. According to [42], if the alpha value exceeds or equal to 0.80 indicates that the instrument is good and relevant. A mean score of descriptive statistics and standard deviation are used to identify the students' level of entrepreneurship efficacy and technopreneur intention. Pearson Correlation Test was later used in studying the relationship between entrepreneurship efficacy and technopreneur intention.
V. Result & Findings
To answer the first objective of the study, measurement of entrepreneurship efficacy and technopreneur intention are evaluated by overall mean and highest frequency of respondents. Table 3 describes in details about the frequency and percentage of Polytechnic engineering students' agreement on the tendency of entrepreneurship efficacy owned by students. Overall analysis of entrepreneurship efficacy on the engineering students was moderately high (mean = 3.92, standard deviation = 0.57). In details, statements of item 6 "I realised the advantage self-employed" recorded the highest percentage of 81.9 percent (A = 43.2 per cent and SA = 38.7 per cent). Meanwhile, item 8, represented by the statement "I have leadership skills as a businessman" obtained the lowest percentage of agreement with 65.6 percent (A = 41.1 percent and SA = 24.5 per cent).
This shows that the engineering students in this research are still not fully acquired self confidence and trust on their own ability, capacity in receiving pressure and strength in carrying out the tasks as a technopreneur. The findings of the study is in line with research [43] that concludes the level of entrepreneurship efficacy of 346 students in the business, agriculture and engineering field in seven universities in Iran was on a moderate level (mean = 4.12). The findings also support the study [44] who found that the entrepreneurship efficacy of technical and vocational secondary school students is on the moderately high level.
Table 3: Student's Entrepreneurship Efficacy Level
Item SD D SL A SA
No. % No % No. % No. % No. %
EK1 I know my own strength before running a business. 4 1.1 7 1.9 73 19.5 181 48.3 110 29.3
EK2 I know my own weaknesses before running a business. 2 0.5 8 2.1 61 16.3 195 52.0 109 29.1
EK3 I am aware of the community needs. 10 0.7 20 5.3 75 20.0 176 46.9 94 25.1
EK4 I am able to find opportunities in business networking. 10 2.7 20 5.3 89 23.7 160 42.7 96 25.6
EK5 I make full use of ICT facilities to find out about business information. 6 1.6 6 1.6 86 22.9 161 42.9 116 30.9
EK6 I am aware of the benefits to be self employed. 2 0.5 7 1.9 59 157 162 43.2 145 38.7
EK7 I'm really confident to start a business in five years after my graduation. 13 3.5 30 8.0 80 21.3 172 45.9 80 21.3
EK8 I have leadership skills as an entrepreneur. 16 4.3 32 8.5 81 21.6 154 41.1 92 24.5
Mean Score 3.92
Standard Deviation 0.57
Level Moderately High
The technopreneur intention assessed from overall items and the highest frequency of respondents as in table 4. The engineering students of polytechnics' technopreneur intention is moderately high (mean = 3.90, standard deviation = 0.70). A detailed analysis describing the engineering students' frequency in each item starting with the highest to the lowest percentage of agreement. Every detail considers the elements that contribute to the technopreneur intention. Item 6 with 76.6 per cent (A = SA = 39.5 percent and SA=37.1 per cent) obtained the highest number of students agree in the need of freedom by engaging in business as a self-employed. Meanwhile, 9 items represented by the statement "I am very confident to start a business in five years after graduation" earned the lowest percentage of agreement with an amount of 62.2 percent (A = 41.9 per cent and SA = 20.3 per cent).
This indicates that engineering students has not completely reached the level of confidence and awareness to select technopreneurship as their actual vocation upon graduation. In addition, the engineering students in the study were found still have not been thinking passionately in starting their own business and are not willing to commit any sacrifice to become a true technopreneur. This is in line with the findings of the study [45] which concluded that the students' technopreneurship intention in agricultural university in lllam, Iran is moderately high. [46] the study also found that the students' technopreneurship intention in the field of agriculture, business and engineering is at the moderate level.
Table 4: Students' Technopreneurship Intention Level
Item SD D SL A SA
No. % No. % No. % No. % No. %
T1 I am determined to open a business in the future. 15 4.0 20 5.3 64 17.1 152 40.5 124 33.1
T2 I am determined to become an entrepreneur rather than being a salaried worker. 8 2.1 16 4.3 82 21.9 145 38.7 124 33.1
T3 I am willing to do anything to become an entrepreneur. 13 3.5 19 5.1 98 26.1 142 37.9 103 27.5
T4 I will earnestly manage my own business. 9 2.4 12 3.2 80 21.3 150 40.0 124 33.1
T5 I already set my occupation goal is to become an entrepreneur. 11 2.9 28 7.5 95 25.3 147 39.2 94 25.1
T6 I want the freedom by becoming self-employed in business. 6 1.6 13 3.5 69 18.4 148 39.5 139 37.1
T7 I am determined to start a business on my own. 13 3.5 16 4.3 104 27.7 101 26.9 141 37.6
T8 I am determined to start a business with a friend. 12 3.2 22 5.9 96 25.6 141 37.6 104 27.7
T9 I am very confident to start a business in five years after my graduation. 16 4.3 28 7.5 98 26.1 157 41.9 76 20.3
Mean Score 3.90
Standard Deviation 0.70
Level Moderately High
Meanwhile, to answer the second objective of the study, based on table 5 found that Pearson Correlation Analysis to determine the relationship between the entrepreneurship efficacy and technopreneur intention of engineering students. The results of the analysis shown that there is a significant positive relationship between technopreneur intention and the entrepreneurship efficacy (r = 0.59, sig = 0.00). Relationship of strength is strong [47]. This finding is in line with the theory of the entrepreneurship intention which pointed out in [48] one will only implement it's intention when one feels capable to control the implementation of such action. It indirectly supports clarification [49] which explains that self efficacy factor is the most important factor that increases a person's intention, or the reason someone is believed to be doing things that are thought to be capable of implemented.
Similarly to the clarification by [50], [51] and [52] where all of it pointed out that the entrepreneurship efficacy is an important factor and has a strong influence in determining a person's intention. This findings support the study findings carried out by [53] found that there is a positive and significant relationship between general entrepreneurship efficacy and entrepreneurial tendencies of engineering students in UA. The study [54] also found that business, agriculture and engineering students at the University of Iran has a positive entrepreneurship efficacy and a significant relationship with the students' entrepreneurship intention.
Table 5: Pearson Correlation Test
Technopreneur Intention Entrepreneurship Efficacy
Technopreneur Intention 1 0.59*
*Significant to the value of p > 0.05
VI. Discussion and Conclusion
Its is found that the level of entrepreneurship efficacy and the technopreneur intention of the engineering students is at a moderately high level. Meanwhile, entrepreneurship efficacy factor of engineering students has a strong positive relationship with students' technopreneur intention. Therefore, this study found that engineering students do not have confidence in becoming entrepreneurs because they are aware of the challenges and obstacles that are readily await when venturing as a technopreneur. Engineering students in this study are also lacking confidence to choose technopreneur as their desired job. They also feel that they do not have enough necessary knowledge and skills to run their own business.
This situation clearly illustrates the reason on why engineering students' technopreneur intention has yet to reach higher level. It shows an implication that engineering students in this study do not have full trust and confidence on their ability, capability to absorb pressure and internal strength to run the tasks as a technopreneur. The implications of this study successfully contributed to applicability of Planned Behavior Theory and Theory of Social Learning, especially in validating control factors of assumed behavior as a clairvoyant to the individual intention.
Therefore, to achieve the Government's aspiration in producing youths who are involved in the technology sector and become a successful technopreneur. Entrepreneurship efficacy aspect should be given greater emphasis in the curriculum learning with aims to produce technopreneur youths because entrepreneurship efficacy is found to be important factors in strengthening one's entrepreneurship intention [55]. This curriculum should emphasize on programmes that could improve students' knowledge and skills and motivates them to choose technopreneur as their career. These findings give certain implications on Polytechnic and it's students. This is Polytechnic's role in increasing promotion of entrepreneurship among engineering students.
In addition, developing entrepreneurship curriculum or programmes specifically designed for engineering. Besides, entrepreneurship education, the role of the centre for studies and research centre, as well as attitudes and mentality of graduates in the identifying and make use of the opportunity given are the major constraints to the development of technological entrepreneurship. Thus, the institution must play an important role in solving the problem by giving exposure to students about employment, fostering interest and uncover new ideas through entrepreneurship and increase facilities for beneficial activities.
English to Malay: DISNEY MOVIE COLLECTION A SPECIAL DISNEY STORYBOOK SERIES FROZEN General field: Art/Literary Detailed field: Poetry & Literature
Source text - English The kingdom of Arendelle was a busy and happy place, nestled among the mountains of the far north.
At night, the colourful northern lights often lit up the sky in beautiful patterns. A kind king and queen ruled Arendelle. Their young daughters, Elsa and Anna, were the joy of their lives. But the royal couple had a secret worry....
Their eldest daughter, Elsa, had a magical power. She could create snow and freeze things with her hands!
Anna, the younger daughter, adored her big sister. The two were inseparable. One night, Anna convinced Elsa to sneak into the Great Hall in the castle and create a winter wonderland!
But while the girls were playing, Elsa accidentally hit Anna with a blast of icy magic. Little Anna fell to the ground, shivering. A streak of white appeared in her hair. Frightened for her sister, Elsa called out for help.
The worried king and queen rushed their daughters to the realm of trolls. The trolls were mysterious healers who knew about magic.
A wise old troll spoke to them. “You are lucky it wasn’t her heart that was struck,” he said. “The heart is not so easily changed, but the head can be persuaded. We should remove all magic, even memories of magic, to be safe.”
The old troll was able to cure Anna by changing her memories, removing all magic from her mind. This meant she wouldn’t remember Elsa’s magical power.
The troll warned the king and queen: “Fear will be your enemy.”
Back in Arendelle, the king and queen felt more worried than ever. They locked the castle gates and taught Elsa to control her powers so that no one would find out about them. But whenever she had strong feelings, the magic spilled out.
So the king gave her a pair of gloves to help hold it back. Elsa decided that to keep Anna safe, it would be best to stay away from her.
As the girls grew, Anna kept trying to spend time with her sister. But Elsa always said that she was busy – she was afraid that she might hurt Anna again.
As the years passed, the girls became more and more like strangers. Then, when the two were teenagers, the king and queen were tragically lost in a storm at sea. The sisters felt sadder and more alone than ever.
Translation - Malay Kerajaan Arendelle merupakan sebuah tempat yang sibuk dan meriah, terletak di antara banjaran gunung jauh di utara.
Di malam harinya, cahaya berwarna-warni sering menghiasi langit dengan corak yang cantik. Kerajaan Arendelle diperintah oleh seorang raja yang baik hati dan permaisurinya. Hidup mereka diserikan kehadiran dua puteri bernama Elsa dan Anna. Walaubagaimanapun, terdapat rahsia yang merisaukan pasangan diraja tersebut…
Puteri sulungnya, Elsa, dikurniakan kuasa magis (sakti?). Beliau mampu mencipta salji dan membekukan semua benda dengan menggunakan tangannya!
Adindanya, Anna, sangat mengagumi kekandanya itu. Mereka berdua tidak dapat dipisahkan. Suatu malam, Anna berjaya mendesak Elsa untuk menyelinap ke dalam dewan besar di istana tersebut dan mencipta sebuah taman salji yang sungguh mengagumkan!
Malangnya ketika sedang seronok bermain, Elsa dengan tidak sengaja telah mencederakan Anna dengan letupan ais. Akibatnya, Anna terjatuh ke lantai dan menggigil kesejukan. Sebahagian kecil rambutnya berubah menjadi putih. Elsa sungguh takut melihat keadaan adindanya, lantas meminta pertolongan orang lain.
Raja dan permaisuri yang bimbang akan keadaan tersebut terus membawa puteri-puterinya ke alam bunian.
Penduduk di situ sangat misteri tetapi berkebolehan merawat penyakit dan mempunyai pengetahuan tentang ilmu magis / sakti.
Seorang daripada rakyat bunian yang bijak berbincang dengan pasangan diraja;
“Tuanku sangat bertuah kerana letupan ais tidak mengenai hati Puteri Anna. Hati tidak boleh ditukar ganti, namun mindanya masih boleh dipengaruhi. Untuk lebih selamat, kita perlu membuang semua kesan magis, termasuk memori mengenainya”.
Beliau seterusnya mengubati Anna dengan mengubah memori supaya Anna lupa akan kuasa magis. Dengan itu, Anna tidak akan mengingati kebolehan istimewa Elsa.
Bunian tersebut turut mengingatkan Raja dan Permaisuri bahawa: “Ketakutan adalah musuhmu.”
Setibanya di Arendelle, Raja dan Permaisuri berasa amat risau sekali. Baginda mengunci semua pintu pagar istana dan mengajar Elsa untuk mengawal kuasanya agar tiada orang yang tahu mengenainya. Namun setiap kali emosinya terganggu, Elsa tidak dapat membendung kuasanya.
Maka Raja telah menghadiahkannya sepasang sarung tangan untuk membantu Elsa mengawal kuasa magisnya. Elsa yang takut akan keselamatan adidanya telah mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada Anna.
Semakin mereka meningkat dewasa, Anna tidak berhenti mencuba untuk meluangkan masanya dengan kekandanya itu. Walaubagaimanapun, Elsa sentiasa memberi alasan bahawa beliau sedang sibuk – beliau tidak mahu mencederakan Anna lagi.
Tahun demi tahun, mereka membesar bersendirian dan menjadi semakin asing antara satu sama lain. Malangnya, ketika menginjak alam remaja, Raja dan Permaisuri telah hilang ditelan ombak laut ketika ribut taufan melanda. Kedua-dua puteri bertambah sedih dan berasa sangat keseorangan.
More
Less
Translation education
Other - (ITBM) The Malaysian Institute of Translation & Books
Experience
Years of experience: 8. Registered at ProZ.com: Dec 2015.
Adobe Acrobat, Crowdin, MateCat, memoQ, Microsoft Excel, Microsoft Office Pro, Microsoft Word, android studio, IamTranslator, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, PRPM, Powerpoint, Smartcat, Subtitle Edit, Trados Online Editor, Wordfast
Professional objectives
Meet new translation company clients
Screen new clients (risk management)
Help or teach others with what I have learned over the years
Buy or learn new work-related software
Meet new end/direct clients
Network with other language professionals
Find trusted individuals to outsource work to
Build or grow a translation team
Get help with terminology and resources
Learn more about translation / improve my skills
Learn more about additional services I can provide my clients
Find a mentor
Stay up to date on what is happening in the language industry
Improve my productivity
Bio
Freelance
writer and translator with over 4 years of experience in content writing, document translation, and project management; online and offline. Possess General Translation Course Certificate from
Malaysian Institute of Translation and Books; and a degree of Bachelor of Arts (Hons.) in English Language
Studies from a well-known university in Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keywords: english to malay, malay native, malay language, malaysia, general text, letter, certificate, narrative, beginner, rate. See more.english to malay, malay native, malay language, malaysia, general text, letter, certificate, narrative, beginner, rate, . See less.